Saturday 19 March 2016

SABAH AIRPORT

SABAH AIRPORT

   Oleh kerana negeri Sabah ni besar, di Sabah ni banyak airport tau. Bertaburan airport di Sabah. tapi skrg, ada 5 lagi yg beroperasi. Berikut adalah senarai airport den Airfield di negeri Sabah berserta dengan lokasinya.

Beroperasi
1. Kota Kinabalu International Airport (KKIA) (BKI) - Kota Kinabalu
2. Sandakan Airport (SDK) - Sandakan
3. Tawau Airport (TWU) - Tawau
4. Lahad Datu Airport (LDU) -Lahad datu
5. Kudat Airport (KUD) - Kudat

Yang tinggal padang lagi tida tau sudah jadi apa.
1. Keningau Airport (KGU) - Keningau
2. Layang-Layang Airport (LAC) -Pulau Layang-Layang *sy x pasti beroperasi kah tidak lagi
3. Kuala Penyu Airport- Kuala Penyu
4. Sepulot Airport (SPU) - Sepulut
5. Long Pasia Airport (GSA) - Long Pasia
6. Pamol Airport (PAY) - Pamol
7. Ranau Airport (RNU) - Ranau
8. Tomanggong Airport (TMG) - Lahad datu
9. Kota Belud Airport - Kota Belud
10. Telupid Airport - Telupid
11. Semporna Airport (SMM) - Semporna 
12. Sahabat Airport (SXS) - Lahad datu

  Walaupun semua tu dapat status airport, tapi bukan semua masih nampak mcam airport. Macam airport Sepulut tu sekarang jadi sawah padi dan ladang kelapa sawit sudah. hahaha. Ada satu iklan tahun 1984 tu. Iklan tentang Penerbangan Malaysia Airlines di Long Pasia. video tu kamu boleh tengok di sini. https://www.youtube.com/watch?v=G5pktLl4HJY. Kalau Airport di tempat saya tu di Keningau, masih lagi kena guna tapi untuk kegunaan kapal terbang kecil tu. tu apa nama. Ahh. itu la tu. kapal terbang kecil. hahaha. Di bawah ni sy pilih 3 Airport utama di Sabah yang Famous dan masih besar kepentingan dia.



1.KOTA KINABALU INTERNATIONAL AIRPORT

    Hmm.. rasanya semua pernah dengar tentang KKIA kan? Kkia adalah gerbang utama untuk masuk ke negeri Sabah tau. Saya mau cerita sedikit tentang sejarah. Dulu, KKIA dikenali sebagai Jesselton Airfield. Masa tu masih kegunaan untuk penjajah. Ahh.. memang la.semua apa yg ada di Malaysia ni mmg dari asal usul penjajah pon kan. KKIA adalah airport kedua tersibuk di Malaysia selepas KLIA di Sepang. Dan di ikuti oleh Senai International Airport di Johor. Setiap tahun, Sebanyak 4 ke 5 juta penumpang menggunakan KKIA ni. Gila kau banyak bah tu. Terdapat 4 Syarikat penerbangan yang beroperasi di sini iaitu Malaysia Airlines(MAS), Air Asia, Malindo Air dan yang paling baru Rayani Air. KKIA dulu ni kecil jak, Tapi telah dinaiktaraf pada tahun 2009. Dulu ada 2 terminal. terminal 1 untuk semua penerbangan Domestik dan International dan terminal 2 dan lebih dikenali sebagai LCCT untuk penerbangan kos rendah Air Asia. Tapi pada hujung tahun 2015, kerajaan mengarahkan supaya syarikat penerbangan Air Asia yg beroperasi di terminal 2 berpindah di terminal 1 untuk tujuan keselesaan pengguna. mestilah kan. Terminal 1 tu besar. Luas. ada Flyover lagi pegi tingkat 2, Hybrid view lagi, ada Aerobridge. pergh. haha. tapi sebenarnya Air Asia membantah bah tu untuk pindah. Sebab kos sewa itu ini. Biasalah. Building airport tu under government. KKIA ni dikendalikan oleh MAHB. Malaysian Airport Holding Bhd. mesti ada bayar cukai siket untuk keuntungan kerajaan dan keuntungan bersama rakyat. hmm. dan lagi, KKIA di berikan kod penerbangan BKI. entahlah maksudnya apa tu. hahaha. Dibawah ni saya serta kan sedikit gambar KKIA. sumber dari Google.

KKIA building
 Inside KKIA
 KKIA Skyview
 KKIA view from runway
KKIA View
KKIA inside


2.TAWAU AIPORT

   Tawau Aiport. Dengan kod penerbangan TWU, adalah airport kedua terbesar di negeri Sabah. Tawau airport adalah pintu masuk utama ke tenggara negeri Sabah. Airport ni bukanlah airport International, tapi ada mempunyai kaunter imigresen antarabangsa. macam mana tu? haha. apa2 ja lah. sebenarnya penerbangan international untuk Airport tawau ni hanya untuk ke Indonesia sahaja Iaitu Tarakan dan Balikpapan Indonesia.TawauAirport ni terletak jauh dari bandar Tawau. dalam 30 lebih km gitu. Macam KLIA pegi KL pun 50km. lagilah jauh. haha. aduh. Dulu airport Tawau ni hanya  digunakan untuk penerbangan pesawat kecil ja. Dulu Landasan dia tu di tengah bandar Tawau. tapi kena kasi pindah di tempat baru sebab banyak berlaku kemalangan di landasan lama tu. bahaya! haha. Airport baru Tawau di bina dalam sekitar tahun 2002 gitu. betulkan kalau saya salah.

Inside Tawau Airport
 Inside Tawau Airport
 Tawau Airport
 Tawau Airport Building
Tawau Airport skyview



3.SANDAKAN AIRPORT


   Err.. Sandakan Airport ialah airport utama di bandar Sandakan dan 3rd largest airport di Sabah. Airport Sandakan pula ialah gerbang utama ke timur Sabah. kalau mau pegi Telupid, Beluran, Tongod, Paitan, Kinabatangan, Airport ni lah yang paling dekat. Dengan kod penerbangan SDK, airport Sandakan terletak 14km dari Bandar Sandakan.Di kendalikan oleh MAHB. Ada 2 syarikat penerbangan beroperasi di sini, MAS bhd dan Air Asia. Walaupun kecil, bangunan Airport ni cantik tau. sebab baru kan. dulu2. macam sulap si aki saya ja terminal dia. hahaha. 

 Sandakan Airport Building
 Inside Sandakan Airport
 Under Upgrade
Sandakan Airport from runway

No comments:

Post a Comment