Thursday 17 March 2016

JALANRAYA SABAH YANG SEDIA ADA

JALANRAYA UTAMA NEGERI SABAH


Negeri Sabah dan Sarawak di hubungkan dengan trans-borneo atau dikenali sebagai jalanraya pan-borneo. Kod Laluan Bagi negeri Sabah ialah, A1-A99.Jalan raya di negeri Sabah ialah dibawah jalan persekutuan iaitu dibawah kerajaan Malaysia JKR. sebab tu lah jalan di sabah ni buruk. tidak di selanggara :P.


1.JALAN SINDUMIN-BEAUFORT
 Jalan utama di negeri sabah yang pertama ialah jalan yang menghubungkan Sindumin dan Beaufort (A2/AH150) sepanjang 60km.

Jalan 1/A2/AH150 Sindumin-Beaufort





2.JALAN KOTA BEAUFORT KOTA KINABALU
Jalan utama kedua, ialah Beaufort-Kota Kinabalu dengan kod yang sama iaitu 1/A2/AH150. Walaupun Jalan ni tidak highway tapi cantik tau. huhu

Jalanraya 1/A2/AH150 Beaufort-Kota Kinabalu





3.JALAN KOTA KINABALU-KOTA BELUD-KUDAT
   Jalan utama yang menghubungkan Ibu negeri dengan pekan di kawasan utara Sabah iaitu Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat. dengan kod yang sama iaitu kod negeri Sabah, panjang jalan raya Kota kinabalu Kudat  ialah 175km. Seperti yang akan kamu lihat, jalan ke Kota Belud akan ada sedikit dual carriageway mendaki bukit yang akan kelihatan ala-ala highway gitu. hahaha. sebenarnya jalan tu pendek sahaja.

Kilometer 54 Jalan Kota Kinabalu-Kota Belud-Kudat





4.JALAN KOTA KINABALU-RANAU
   Jalanraya yang menghubungkan Bandaraya Kota Kinabalu dengan Pekan Ranau dengana kod 22/A4/AH150. Jalanraya ini melalui beberapa buah pekan, iaitu Tuaran, Tamparuli, Pekan Nabalu dan Kundasang. Jika anda melalui jalanraya ini, anda akan merasakan seperti sedang melalui jalan ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai ke Gua Musang Kelantan

Jalanraya 22/A4/AH150 Kota Kinabalu-Ranau




5.JALAN RANAU-SANDAKAN
   Dengan jarak sejauh 226km, Jalan menuju Sandakan dengan kod 22/A4/AH150, jalanraya ini menghubungkan beberapa buah pekan iaitu, Ranau, Telupid, Paitan, Beluran dan Sandakan. Jika Anda melalui jalanraya ini, anda akan merasakan umpama berjalan di jalan yang seolah-olah tiada penghujungnya kerana agak suram dan bilangan kereta yang kurang. 

Jalanraya 22/AH4/Ranau-Sandakan




6.JALAN SANDAKAN-LAHAD DATU
    13/A5/AH150 Jalan Sandakan-Lahad Datu ialah jalanraya yang menghubungkan Bandar Sandakan dengan Bandar Lahad Datu melalui jalan Kota Kinabatangan dengan jarak 175km. Jalan ini adalah antara jalan yang agak kurang menarik dilalui dan saya suggest jika anda mau ke lahad datu naik kapal saja la Mas Wings landing di Airport Lahad Datu, hahaha

Jalan 13/AH5/AH150




7.JALAN LAHAD DATU-TAWAU
   Jalan Lahad Datu-Tawau 13/A5/AH150 ialah jalan yang menghubungkan bandar Lahad Datu-Kunak-Tawau dengan jarak sejauh 150 Km. Pada Ketika ini, Jalan ini adalah dalam proses selanggara iaitu di naiktaraf dari single carriageway kepada dual carriageway.

 Jalan Lahad Datu-Tawau dalam proses naik taraf





8.JALAN KOTA-KINABALU TAMBUNAN
Jalan Menuju Tambunan dari Kota Kinabalu diberikan kod SA3. Jalanraya ini menghubungkan Bandaraya Kota Kinabalu dengan Pekan Tambunan melalui pekan Penampang sejauh 75km.Jika jalan KK-Ranau tadi saya kata seperti jalan menuju Cameron melalui Simpang Pulai, Jalan KK ke Tambunan ini pula seperti melalui Cameron Highlands melalui Tapah, tapi agak cantik sedikit berbanding jalan Tapah-Cameron Highlands.

SA3 Jalan Tambunan-Kota Kinabalu




9.JALAN KIMANIS KENINGAU
Dengan kod jalan 1/A2/AH150, Jalan yang menghubungkan Bandaraya Kota Kinabalu dengan bandar Keningau yang amat terkenal dengan gelaran jalanraya kimanis. Untuk pengetahuan semua, jalan raya keningau kimanis ini adalah jalan yang paling curam yang terdapat di Malaysia. dengan kenderaan kecil seperti viva dan kancil standard enjin 660cc jangan mimpi naik pakai gear lebih dari 2. turun bukit kalau tak mau disk brake pecah baik pakai gear rendah. hahahaha. Dengan Jarak sejauh 110km, perjalanan mendaki jalan kimanis ini umpama jalan menuju ke syurga jika agak banyak kabus. hahahaaha. xD.

Jalan penghubung Kota Kinabalu-Keningau




10.JALAN TENOM-SIPITANG
Jalanraya penghubung pekan Tenom ke pekan Sipitang diberikan kod SA33. Jalan ini adalah jalan alternatif lain menghubungkan kota kinabalu dengan Keningau jika jalan Kimanis Keningau dan jalan Tambunan keningau Runtuh. hahahaha. Dengan jarak 83km, jalan ini adalah jalan yang sangat suram kerana jika anda memandu melalui jalanraya ini, anda cuma akan dapat melihat 2 atau 3 kereta sahaja bertembung dengan anda. hmm...

Jalan Tenom-Sipitang




11.JALAN KUALA PENYU
Untuk menuju ke Kuala Penyu, terdapat dua jalan utama yang boleh dilalui. Jalan pertama ialah melalui bypass dari pekan Bongawan. Perjalanan akan mengambil jarak 41km. Jalan kedua ialah dari Beaufort menuju ke Kuala penyu dengan Jarak 47km. Jangan tanya kenapa tiada jalan ke Menumbok sebab satu jalan juga tu. 

Jalan Menuju Kuala Penyu Melalui Bongawan
 Jalan Menuju Kuala Penyu Melalui Beaufort




12.JALAN KENINGAU-KALABAKAN-TAWAU
Jalan Keningau-Tawau merupakan jalanraya penghubung utama yang masih baru dan yang terakhir siap dalam jalanraya persekutuan negeri Sabah. Dengan kod jalan SA3, jalan raya Keningau-Tawau merupakan jalanraya penghubung yang paling panjang tanpa menemui apa-apa di sepanjang perjalanan melainkan hutan belantara yang masih ada harimau dan gajah di dalamnya. Selepas melalui pekan Sapulut di Kilometer 110 jalan ini, anda akan mengalami fasa krik krik krik sepanjang 270km perjalanan. adapun anda akan menemui rumah-rumah kecil dan persinggahan di Maliau Basin seterusnya sampai di roundabout menuju ke pekan Kalabakan.

SA3 Jalan-Keningau-Kalabakan-Tawau




13. JALAN KENINGAU-TAMBUNAN-RANAU
Jalan ini ialah jalan utama menuju pekan Ranau dengan kod SA3. Terdapat beberapa pekan kecil dan besar yang akan anda lalui jika memandu melalui jalan ini iaitu pekan Bingkor, Apin-Apin,Tambunan, dan akhir sekali Ranau. Jarak perjalanan melalui jalan ini ialah 112km. jalan ini juga mempunyai jalanraya paling lurus terpanjang di Malaysia sepanjang 15km dari Bandar Keningau ke pekan Apin-Apin
Jalan Keningau-Tambunan-Ranau. percayalah cakap saya jalan
lurus ini akan lurus sepanjang 15km.



14.JALAN TAWAU-SEMPORNA
13/A5/AH150 ialah kod untuk jalanraya ini dengan jarak perjalanan sepanjang 105km. jalan ini ialah jalan menghubungkan bandar Tawau dengan pekan Semporna menaiki bot ke pulau-pulau cantik iaitu Sipadan, Mabul, Tun Sakaran dan Bohey Dulang! mesti pernah dengarkan. ^_^.



*ps: maaf gambar jalan Tawau-Semporna tidak dapat ditemui kerana pekerja google street view yang malas memandu melalui jalan tersebut dan tiada sumber dari google images.





JALAN ALTERNATIF

Jalan Alternatif yang saya maksudkan ini ialah jalanraya lain selain jalan utama dan jalan ini tidak diberikan kod cuma nama sahaja. Namun apa yang sia tida puas hati bah kan. Cantik lagi ni jalan alternatif selain jalan utama. lel. Berikut ialah jalan alternatif yang ada di negeri Sabah.



1.JALAN MARAK PARAK
    Jalanraya Marak-Parak ialah jalan alternatif lain dari pekan Kota Marudu menuju pekan Ranau. Nama Marak parak di ambil dari nama Kampung Marak Parak yang terletak di antara perjalanan dari Ranau ke Kota Marudu melalui jalan ini. dengan jarak perjalanan 95km, anda akan merasakan seperti berjalan di Highway kerana jalan ini agak luas tapi single carriageway. Perjalanan melalui jalan ini juga di sajikan dengan pemandangan Gunung Kinabalu dari sudut pandangan yang berbeza dari pekan Kundasang. Jalan ini juga sesuai untuk abang2 Bikers. hahaha! 

Jalan Marak-Parak



2.JALAN SOOK-SINUA
   Jalan Sook-Sinua sepanjang 80km merupakan jalan yang menghubungkan pekan kecil Sook, keningau dengan kampung-kampung di sekitar perjalanan menuju ke Kampung Sinua. Jalan ini merupakan antara jalan yang paling baru dan paling cantik di negeri Sabah. Selain itu jalan ini juga ialah jalan untuk ke stesen mendaki gunung Trusmadi Stesen Sinua. Jalan ini juga boleh terus menuju ke Telupid menerusi jalan pinangah. tetapi yang berturap hanya sampai di kampung sinua saja. Jalan selanjutnya hanya boleh dilalui oleh Lori Balak dan 4wd car. hahaha.

*ps: maaf gambar jalan sook-sinua tidak dapat ditemui kerana pekerja google street view yang malas memandu melalui jalan tersebut dan tiada sumber dari google images.




3.JALAN TELUPID-TONGOD
Jalan telupid menuju pekan Tongod merupakan jalan yang menuju ke centre negeri sabah. Pekan tongod terletak betul-betul di tengah-tengah negeri Sabah(jika dilihat dari mata kasarlah). Jalan ini di bina dalam sekitar tahu 2008 untuk menggantikan jalan ke pekan tongod menggunakan jalan air dan jalan kayu balak.

Jalan Tongod-Telupid



4.JALAN KENINGAU-APIN-APIN 2
Jalan ini merupakan jalan alternatif yang selalu digunakan oleh lori besar untuk mengelak dari road block. hahaha. jalan ini akan melalui banyak kampung. Kampung yang pertama terlihat melalui jalan ini ialah kg Menawo dan akan berakhir dengan kampung Gasabon di Apin-Apin.

Jalan Keningau-Apin-Apin 2.


2 comments:

  1. Bagus juga banyak info. Jalanraya bertaraf lebuhraya di Sabah sekarang ialah Jalan Penampang Lok kawi, dual carriageway dari Donggongon ke Kinarut. Sebahagian daripada Lebuhraya Tanpa tol Pan Borneo (Pakej 1).

    ReplyDelete
  2. Terima kasih...info yg sangat menarik untuk.dibaca

    ReplyDelete