Thursday 17 March 2016

BANDAR&PEKAN UTAMA NEGERI SABAH


Bandar&Pekan

  Bandar2 dan pekan yang terdapat negeri Sabah agak kurang pesat pembangunannya berbanding bandar yang terdapat di Semenanjung Malaysia mahupun Sarawak. Kalau mau cakap bandaraya Kota Kinabalu tu pesat pun, sy tengok hampir sama saja dengan Bandaraya Miri di Sarawak. Cuma yang membezakan ialah populasi penduduk dimana penduduk yang tinggal di bandarara Kk tu lebih ramai. dan Jalanraya di Kk agak besar sedikit. Mari kita tengok siket bandar2 dan pekan di Sabah.

1.KOTA KINABALU
2.SANDAKAN
3.TAWAU
4.LAHAD DATU
5.KENINGAU
6.BEAUFORT
7.KUDAT
8.KOTA BELUD
9.RANAU
10.KOTA MARUDU
11.TAMBUNAN,
12.KUALA PENYU,
13.SIPITANG
14.TELUPID
15.KUNDASANG
16.TENOM
17.MEMBAKUT
18.PUTATAN
19.PENAMPANG
20.PAPAR
21.INANAM
22.TAMPARULI
23.BELURAN
24.SEMPORNA
25.MENUMBOK
26.KUNAK
27.TUARAN
28.BONGAWAN
29.KINARUT
30.KALABAKAN
31.LIKAS
32.KOTA KINABATANGAN
33.BANGI
34.KUNDASANG
35.KUNAK
36.PITAS
37.NABAWAN
38.SOOK
39.WESTON
40.SEPULUT
41.TULID
42.TONGOD
43.APIN-APIN
44.BINGKOR
45.SINDUMIN
46.PAITAN

Banyak kan. hahahaha. sy malas mau cari gambar untuk kamu. Sila Google dan cari sendiri gambar-gambar untuk nama-nama tersebut. Saya saya memilih beberapa bandar yang besar untuk didetailkan.



1. BANDARAYA KOTA KINABALU

   Seperti yang anda tahu, Kota kinabalu merupakan ibu negeri Sabah. Kota kinabalu mendapat taraf bandaraya pada tahun 2002. Bandaraya Kota Kinabalu ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Populasi bandaraya Kota Kinabalu pada tahun 2010 ialah 640k Penduduk. sekarang tak tahu dah. hemm.. dahulukalanya, sebelum merdeka, Jesselton adalah nama lain bagi Kota Kinabalu. Sebelum itu, sebelum kedatangan penjajah, tempat itu bernama Api-Api yang mana pada awalnya tempat itu ialah perkampungan orang sulug! so jangan kamu cakap sulug tu PTI dari Filifina. Mereka ialah teraju sebenar ibu negeri Sabah yang mana sekarang penempatan mereka ialah di pulau Gaya. hahaha. kamu tidak boleh terima kenyataan kan? memang Mereka asal dari Filifina. tapi mereka datang sebelum merdeka lagi. so? apakah status mereka yang sebenarnya? hahaha. entahlah. nevermind. Cakap tentang Kota Kinabalu. Menurut suara-suara legend, KK kononnya bandar ketiga terbesar di Malaysia Selepas Kuala Lumpur dan Johor Bharu. I don't think so. Saya rasa, Kuching lebih besar dari Kota Kinabalu dan lebih pesat. Begitu juga Penang dan Ipoh. Mungkin adalah dalam 5th atau 6th place gitu. Tapi KKIA. pergh! memang lawalah. legend say juga KKIA kedua terbesar selepas KLIA. hahaha. ok mungkin ini sy iyakan. huhuhu.Berikut adalah sedikit koleksi gambar KK. yg sy curi dari Google. hehe.


 Kota Kinabalu Expressway
 Kota Kinabalu Expressway
 KK view
 KK view
 KK view

KK waterfront
 KK view
KK view



2. BANDAR SANDAKAN


    Sandakan merupakan bandar kedua terbesar dinegeri Sabah selepas Kota Kinabalu. Sandakan sangat terkenal dengan gelaran mini Hong Kong kerana kedudukan bangunannya yang amat rapat seperti Hong Kong, Selain Sandakan, nama lain bagi bandar tersebut ialah Elopura. Populasi Bandar Sandakan pada tahun 2010 ialah 500k penduduk. Dulu, bandar Sandakan pernah dijadikan pusat pentadbiran negeri Sabah sebelum zaman merdeka. Bagi saya, bandar sandakan tidaklah besar sangat, cuma terdapat beberapa bangunan tinggi yang menampakkan bandar Sandakan kelihatan berkembang pesat. tambahan lagi dengan pembinaan Habour Mall. Sandakan berada di bahagian pantai timur negeri Sabah. Majoriti penduduk di Sandakan berbangsa Dusun-Sungai, Kadazan-Dusun, Bugis, Sulug dan banyak lagi.


Sandakan view
 Sandakan Nightview
Highway in Sandakan
 Sandakan from otherside view
Habour Square Sandakan



3.TAWAU

    Tawau merupakan bandar ketiga terbesar di negeri Sabah. Nama Tawau berasal dari perkataan Sulug iaitu Tawao. Saya kurang pasti apa maksudnya, tapi itulah yang saya tau. hahaha. Tawau ni mempunyai kawasan yang agak luas. Tapi bangunannya rendah-rendah saja. yang sedang-sedang saja. hahaha. Dengan populasi 330k pada tahun 2010 menjadikan Tawau sebuah bandar dengan jumlah penduduk yang ramai. Saya kurang pasti apa bangsa majoriti di sini. Tapi tidak dinafikan, Sulug memang agak ramai. Ada kadazan-dusun jugak mungkin. dan menurut kawan sy dari Tawau, di sini banyak Arab Melayu.. hmmm.. 

Highway in Tawau
Tawau air view
Tawau view
Tawau View



No comments:

Post a Comment